Sifat al-Nabi
Zayn al- Abidin al-Aydarus, Sayyid Muhammad Sifat al-Nabi. [Manuskrip Alam Melayu] (Unpublished)
Full text not available from this repository.Abstract
Ia juga adalah sebuah karya dari genre nazam bahar basit yang terikat dengan timbangan wazan mustafilun failun yang berulang sebanyak 4 kali dalam setiap bait. Karya ini terdiri daripada 1051 bait yang diselang seli dengan 70 kali selawat. Berdasarkan naskhah simpanan Sayyid Mustafa bin Sayyid Abdullah, ia terdiri daripada 161 halaman. Setiap halaman mengandungi 6 hingga 7 bait dan setiap bait pula terdiri daripada 12 hingga 14 patah perkataan. Ia boleh dikategorikan sebagai sebuah karya dalam bidang Shama‟il Muhammadiyyah atau Dalail Nubuwwah. Kandungannya menjurus kepada perbincangan dua bidang utama iaitu; 1) sifat-sifat fizikal dan akhlak Baginda s.a.w dan 2) mukjizat-mukjizat yang menjadi bukti kenabiannya. Sifat-sifat Baginda s.a.w. diulas secara terperinci dalam 348 bait manakala selebihnya iaitu sebanyak 703 bait pula memperincikan mukjizat Baginda s.a.w. dalam huraian yang mendalam. Penulisan karya ini telah selesai sepenuhnya tetapi tidak mempunyai pendahuluan dan penutup. Adalah dianggarkan sejarah penulisannya dalam jarak waktu yang tidak jauh dengan penulisan Kanz al-Ula memandangkan ia menggunakan susunan, wazan dan kalimah selawat yang hampir sama.
Item Type: | Manuskrip Alam Melayu |
---|---|
Additional Information: | To get the full text, please go to the Library Manuscript Gallery, level 2. |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion |
Divisions: | Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) |
Depositing User: | Mr Syaiful Hisyam Saleh |
Date Deposited: | 26 Aug 2019 06:20 |
Last Modified: | 01 Oct 2019 05:52 |
URI: | http://manuskripmelayu.unisza.edu.my/id/eprint/17 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |