Durrah al-Fakhirah
Zayn al- Abidin al-Aydarus, Sayyid Muhammad Durrah al-Fakhirah. [Malay Islamic Scholars Manuscripts | Manuskrip Ulama Alam Melayu] (Unpublished)
![]() |
Image
IMG_0816.JPG Restricted to Registered users only Download (2MB) |
![]() |
Image
IMG_0826.JPG Restricted to Registered users only Download (2MB) |
![]() |
Image
IMG_0839.JPG Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Ia adalah sebuah karya dari genre nazam tetapi tidak terikat dengan mana-mana timbangan wazan nazam Arab. Perbezaan susunannya dengan nazam-nazam yang lain amat ketara sekali. Ia bukan sahaja tidak terikat dengan timbangan wazan tertentu malah turut tidak diselang seli dengan selawat sebagaimana nazam-nazam lain. Ia terdiri daripada 243 bait. Setiap halaman mengandungi 4 hingga 8 bait dan setiap bait pula terdiri daripada 16 hingga 21 patah perkataan. Kandungannya membincangkan akidah Ahli al Sunnah wa al-Jamaah yang secara khusus menyentuh bahagian „ilahiyyat dan nubuwwat sahaja. Bahagian ilahiyyat diperincikan dalam 133 bait. Ia menyentuh huraian yang mendalam tentang sifat-sifat yang wajib, harus dan mustahil bagi Allah s.a.w. berserta dengan pendalilannya. Turut diberikan huraian tentang makna ketuhanan yang terdapat dalam kalimah pertama dua kalimah shahadat. Manakala bahagian al-nubuwwat diperincikan menerusi 53 bait yang menyentuh sifat-sifat yang wajib, harus dan mustahil bagi segala rasul berserta dengan pendalilannya. Turut diberi huraian tentang makna kenabian yang terdapat dalam kalimah kedua dua kalimah shahadat. Selebihnya adalah pelengkap kepada bahagian ketuhanan dan kenabian yang merujuk kepada hukum taqlid dan cara beserta kelebihan zikir la ilaha illa Allah. Karya ini selesai ditulis pada hari Rabu 27 Rejab 1276H.
Item Type: | Malay Islamic Scholars Manuscripts | Manuskrip Ulama Alam Melayu |
---|---|
Additional Information: | To get the full text, please go to the Library Manuscript Gallery, level 2. |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion |
Divisions: | Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) |
Depositing User: | Mr Syaiful Hisyam Saleh |
Date Deposited: | 26 Aug 2019 06:22 |
Last Modified: | 01 Oct 2019 05:50 |
URI: | http://manuskripmelayu.unisza.edu.my/id/eprint/20 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |