Kitab al-Nur
Zayn al- Abidin al-Aydarus, Sayyid Muhammad Kitab al-Nur. [Manuskrip Alam Melayu] (Unpublished)
Full text not available from this repository.Abstract
Ia adalah sebuah karya dari genre nazam bahar rajaz yang terikat dengan timbangan wazan mustafilun yang berulang sebanyak 6 kali dalam setiap bait. Karya ini terdiri daripada 277 bait diselang seli dengan 5 kali selawat yang menjadikan jumlah keseluruhan baitnya adalah sebanyak 282 bait. Setiap halaman mengandungi 14 hingga 16 bait dan setiap bait pula terdiri daripada 8 hingga 14 patah perkataan. Ia boleh diklasifikasikan sebagai sebuah karya yang menyentuh tentang kelebihan beberapa malam yang terdapat dalam 4 bulan Islam iaitu bulan Muharram, Rejab, Sya’ban dan Ramadan. Selain disebut tentang kelebihan malam-malam tersebut dengan menyatakan gelaran-gelaran tertentu, ia turut menyentuh amalan terbaik yang patut dilakukan pada malam tersebut. Selain daripada itu turut disentuh tentang sifat-sifat buruk yang menghalang seseorang dari sama-sama memperolehi kelebihan malam-malam tersebut. Kelebihan dan amalan yang patut dilakukan untuk malam-malam tertentu ini diberi huraian secara bersama tanpa dipisahkan dengan tajuk-tajuk tertentu. Tidak ada sebarang catatan yang menunjukkan karya ini adalah karya Tok Ku Tuan Besar. Namun kewujudannya bersama-sama nazam beliau yang lain, bentuk penulisan yang hampir sama selain daripada tidak terdapat sebarang kaitan dengan pengarang lain menimbulkan sangkaan kuat bahawa ia adalah karya beliau.
Item Type: | Manuskrip Alam Melayu |
---|---|
Additional Information: | To get the full text, please go to the Library Manuscript Gallery, level 2. |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion |
Divisions: | Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) |
Depositing User: | Mr Syaiful Hisyam Saleh |
Date Deposited: | 26 Aug 2019 06:22 |
Last Modified: | 01 Oct 2019 05:52 |
URI: | http://manuskripmelayu.unisza.edu.my/id/eprint/21 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |