Uqud al-Durratayn Fi Bayan Kalimah al-Syahadatayn

Zayn al- Abidin al-Aydarus, Sayyid Muhammad Uqud al-Durratayn Fi Bayan Kalimah al-Syahadatayn. [Manuskrip Alam Melayu] (Unpublished)

Full text not available from this repository.

Abstract

Ia adalah sebuah risalah kecil dari jenis penulisan biasa yang terkenal dengan judul Syahadat Tok Ku. Setiap halaman mengandungi 14 baris dan setiap baris pula mengandungi 11 hingga 16 patah perkataan. Ia merupakan sebuah terjemahan terhadap bahagian pengertian syahadat dalam kitab Sullam al-Munajat karangan Sayyid Abd Allah bin Umar bin Yahya. Kandungannya menyentuh huraian pengertian dua kalimah syahadat dengan memperincikan aspek ketuhan Allah s.w.t. dan kenabian Nabi Muhammad s.a.w. secara ringkas dan padat. Huraian ini disudahi dengan doa semoga allah memberi kekuatan untuk melaksanakan syaraiat nabi dengan sempurna, mati dalam agama Islam dan dihimpunkan bersama Nabi s.a.w. di akhirat untuk diri sendiri, keluarga, sahabat dan seluruh umat Islam.

Item Type: Manuskrip Alam Melayu
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Divisions: Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE)
Depositing User: Mr Syaiful Hisyam Saleh
Date Deposited: 26 Aug 2019 06:23
Last Modified: 26 Sep 2019 07:36
URI: http://manuskripmelayu.unisza.edu.my/id/eprint/24

Actions (login required)

View Item View Item