Risalah fi Bayan al-Bay‘ wa al-Riba

Abdul Rahim Bukit Bayas, Syeikh Abdul Qadir Risalah fi Bayan al-Bay‘ wa al-Riba. [Malay Islamic Scholars Manuscripts | Manuskrip Ulama Alam Melayu] (Unpublished)

Full text not available from this repository.

Abstract

Risalah fi Bayan al-Bay‘ wa al-Riba merupakan sebuah kitab fiqah mazhab al-Shafi‘i yang hanya menyentuh beberapa topik muamalat sahaja. Ia dimulakan dengan Mukadimah kitab dengan beberapa tajuk kecil termasuk tujuan kitab ditulis, dalil-dalil keharusan jual beli dan pengharaman riba, jenis-jenis pekerjaan, dan pekerjaan terbaik berdasarkan kesesuaian seseorang individu dan situasi setempat. Seterusnya, perbahasan dimulakan dengan membahaskan Hukum jual beli dan Hukum riba. Kedua-duanya ialah teras kepada isi kandungan kitab. Selain itu, pengarang turut menyelitkan Hukum menipu dalam jual beli, Hukum bertolak ansur (al-musÉhalah) dalam jual beli, Kepentingan mengelakkan perkara-perkara yang membinasakan ketika berjual beli, Hukum mengurangkan sukatan, Hukum orang yang zalim, Hukum menyorok barang jual beli (al-iÍtikÉr)sebelum menutup perbincangan kitab dengan Hukum mengambil modal bahagi laba (al-muÌÉrabah). Terdapat 6 naskhah bertulisan tangan yang dikesan setakat ini di Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dan Muzium Kesenian Islam Malaysia. Sebagai contoh, bagi naskhah MSS 2276 yang mengandungi 33 helaian (folio), setiap helaian mempunyai 2 halaman. Terdapat 19-23 baris pada setiap halaman dan purata 15 perkataan pada setiap baris, maka satu halaman mengandungi lebih kurang 285-345 perkataan. Ini bermakna pukul rata keseluruhan perkataan dalam kitab ini ialah 18,810 - 22,770 perkataan.

Item Type: Malay Islamic Scholars Manuscripts | Manuskrip Ulama Alam Melayu
Additional Information: To get the full text, please go to the Library Manuscript Gallery, level 2.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Divisions: Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE)
Depositing User: Mr Abdul Azim Mukhzam
Date Deposited: 26 Aug 2019 10:54
Last Modified: 04 Dec 2019 04:23
URI: http://manuskripmelayu.unisza.edu.my/id/eprint/29

Actions (login required)

View Item View Item