Sharah Murshidul Salikin oleh Yusof Ibn Almarhum al-Said Muhammad al-Batah

Muhammad Amin, Wan Abdullah Sharah Murshidul Salikin oleh Yusof Ibn Almarhum al-Said Muhammad al-Batah. [Manuskrip Ulama Silam Terengganu] (Unpublished)

[img] Text
KITAB SHARAH MURSHIDUL SALIKIN (1-81) (Preview).pdf

Download (8MB)
[img] Text
KITAB SHARAH MURSHIDUL SALIKIN (81-138) (Preview).pdf

Download (6MB)

Abstract

Naskhah ini merupakan tulisan tangan Tok Syeikh Duyung. Dalam naskhah ini terbahagi kepada dua naskhah. Naskhah pertama diberi nama Syarah Murshidi Salikin yang berkaitan dengan fadhilat dan kaedah mengerjakan haji bermula dari perjalanan menunaikan haji. Naskhah ini selesai disalin semula pada 21 Syabaan 1240H. Naskhah ini mengandungi 138 halaman keseluruhannya. Naskhah ini merupakan komenter atau syarah kepada Irsyadul Anam Ila Sharihil Mulki Alam. Ia juga merupakan panduan perjalanan haji dan umrah diikuti dengan sebab-sebab kewajban haji dan umrah. Haji merupakan sebesar-besar ibadah mengikut syarak Islam. Namun yang lebih penting ialah haji adalah ibadat yang membawa kepada Makifatullah dan perhambaan diri kepada Allah yang sebenar. Di belakang naskhah ini terdapat kitab yang diberi nama Nial Al Maram Li Bayani Manzumah Aqidatul Awam oleh Ahmad Marzuki ibn Syed al Syarif Muhammad ataillah, kewujudan Allah dan keagungan Allah. Syatibi memberi lima sebab segala puian hanya kepada Allah iaitu hamidu bagi pencipta, mahmudu segal pujian hanya kepada Allah, mahmudu bih syukur hanya kepada Allah dan sigha kenyataan Alhamdulillah yang sebenar. Naskhah ini juga terdapat risalah yang diberi nama Bilqauli al- Aqrabu Fi Ilaj Li Si Aqrabi oleh Syeikh Damanhuri berkaitan tasawuf. Terdapat juga risalah Qawidul Khamsah dalam fikah Shafie yang berkaitan dengan usul fikah. Dalam naskhah ini dibahaskan dengan mendalam kaedah usul fikah Shafie antaranya niat, jelas, mudah itu mengatasi susah, menyelesaikan masalah dan adat.

Item Type: Manuskrip Ulama Silam Terengganu
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE)
Depositing User: Inspire UniSZA
Date Deposited: 02 Nov 2020 14:40
Last Modified: 03 Nov 2020 00:25
URI: http://manuskripmelayu.unisza.edu.my/id/eprint/402

Actions (login required)

View Item View Item