Jawahir al-Saniyyah

Zayn al- Abidin al-Aydarus, Sayyid Muhammad Jawahir al-Saniyyah. [Manuskrip Ulama Silam Terengganu] (Unpublished)

[img] Slideshow (Jawahir Al-Saniyyah - Preview)
Jawahir al-Saniyyah - Preview.html - Presentation

Download (352B)
[img] Text (Jawahir Al-Saniyyah - Full Pages)
Jawahir al-Saniyyah - (Full Pages).html - Accepted Version
Restricted to Registered users only

Download (357B)

Abstract

Ia adalah sebuah karya dari genre nazam bahar rajaz yang terikat dengan timbangan wazan mustafilun yang berulang sebanyak 6 kali dalam setiap bait. Karya ini terdiri daripada 819 bait diselang seli dengan 42 kali selawat yang menjadikan keseluruhan baitnya adalah sebanyak 861 bait. Setiap halaman mengandungi 6 hingga 7 bait dan setiap bait pula terdiri daripada 12 hingga 14 patah perkataan. Kandungannya membincangkan akidah ahli al-Sunnah wa al Jamaah secara terperinci merentasi semua topik penting dalam ilmu akidah. Secara tepatnya ia terdiri daripada bahagian ilahiyyat, nubuwwat, samiyyat dan kawniyyat. Perbincangan ilahiyyat diperincikan menerusi 75 bait. Ia menyentuh apa yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah s.w.t. Nubuwwat pula diperincikan menerusi 80 bait. Ia menyentuh apa yang wajib, mustahil dan harus bagi para rasul. Aspek bukti-bukti kenabian yang berupa mukjizat turut diberi penekanan khususnya mukjizat nabi Muhammad s.a.w. Manakala bahagian samiyyat pula diperincikan menerusi 449 bait yang menyentuh keempat-empat bahagian samiyyat iaitu alam kubur, tanda kiamat, peristiwa-peristiwa di hari kiamat dan tempat pembalasan iaitu syurga dan neraka secara terperinci. Manakala perbincangan tentang kawniyyat seperti para malaikat, para rasul dan kitab-kitab yang pernah diturunkan kepada para nabi diperincikaan menerusi 31 bait. Selain dari itu, karya ini turut menyentuh rukun iman ke enam iaitu qada‟ dan qadar menerusi 9 bait. Bait-bait selebihnya merupakan pelengkap kepada perbincangan akidah seperti hukum iman taklid, makna iman dan Islam, keluarga baginda s.a.w., keperluan bermazhab dan sebagainya selain dari kata-kata nasihat dalam proses penerapan nilai-nilai akidah yang benar. Besar kemungkinan karya ini disusun sebelum Sullam al-Tawfiq kerana ia satu-satunya karya Tok Ku Tuan Besar yang dikenali dengan nama Puji sedangkan Sullam al Tawfiq juga mempunyai potensi untuk dinamakan sedemikian berdasarkan permulaannya turut menggunakan perkataan puji.

Item Type: Manuskrip Ulama Silam Terengganu
Additional Information: Tahun : Tidak Diketahui Bil Halaman : 124 halaman Subjek : Akidah Sumber : Pusat Manuskrip Negara, Perpustakaan Negara Malaysia.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Divisions: Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE)
Depositing User: Inspire UniSZA
Date Deposited: 04 Dec 2019 03:53
Last Modified: 03 Jun 2020 03:00
URI: http://manuskripmelayu.unisza.edu.my/id/eprint/58

Actions (login required)

View Item View Item